WeAcademia

Organisasi Tisu Tumbuhan dan Pertumbuhan

1.1 - Organisasi Tisu Tumbuhan

Jenis Tisu Tumbuhan

  • Tumbuhan terdiri daripada tisu meristem dan tisu kekal.
  • Tisu meristem merupakan tisu yang aktif membahagi secara mitosis.
  • Tisu meristem terdiri daripada:
    • Tisu meristem apeks.
    • Tisu meristem lateral.
  • Tisu kekal terdiri daripada:
    • Tisu epidermis.
    • Tisu asas: tisu parenkima, tisu kolenkima dan tisu sklerenkima.
    • Tisu vaskular: tisu xilem dan tisu floem.

Tisu Kekal

  • Tisu matang yang telah mengalami pembezaan atau sedang mengalami pembezaan.

Tisu Epidermis

  • Melapisi permukaan luar batang, daun dan akar tumbuhan muda.
  • Dinding sel epidermis yang terdedah kepada udara diliputi kutikel, iaitu lapisan berlilin dan kalis air.
  • Kutikel:
    • Mengurangkan kehilangan air melalui penyejatan (transpirasi).
    • Melindungi daun daripada kecederaan mekanikal dan serangan patogen.
  • Sel epidermis yang terubah suai:
    • Sel pengawal mengawal bukaan liang stoma.
    • Sel rambut akar meningkatkan luas permukaan akar untuk penyerapan air dan garam mineral.

Tisu Asas

1. Tisu Parenkima

  • Sel hidup yang paling ringkas dan belum mengalami pembezaan.
  • Mempunyai dinding sel yang paling nipis.
  • Berada dalam keadaan segah untuk memberikan sokongan dan mengekalkan bentuk tumbuhan herba.
  • Terlibat dalam fotosintesis, penyimpanan kanji dan gula, serta pertukaran gas.
  • Terlibat dalam baik pulih dan penjanaan semula tisu tumbuhan serta dalam sistem vaskular.

2. Tisu Kolenkima

  • Terdiri daripada sel hidup yang menjadi fleksibel apabila matang.
  • Dinding sel diperbuat daripada pektin dan hemiselulosa serta lebih tebal daripada dinding sel tisu parenkima.
  • Memberikan sokongan mekanikal dan sifat keanjalan kepada tumbuhan.

3. Tisu Sklerenkima

  • Terdiri daripada sel yang mati apabila matang.
  • Mempunyai dinding sel yang paling tebal antara ketiga-tiga tisu asas.
  • Memberikan sokongan dan kekuatan mekanikal kepada bahagian tumbuhan yang matang.
  • Membantu dalam pengangkutan air dan nutrien dalam tumbuhan.

Tisu Vaskular

Xilem

  • Terbentuk daripada sel mati yang tidak mengandungi sitoplasma.
  • Dinding sel diselaputi lignin.
  • Salur xilem memanjang, berongga dan bersambungan dari akar ke daun.
  • Mengangkut air dan garam mineral dari akar ke semua bahagian tumbuhan.

Floem

  • Terdiri daripada sel rakan dan tiub tapis.
  • Tiub tapis ialah sel hidup yang mempunyai sitoplasma.
  • Tiub tapis matang tidak mempunyai organel seperti nukleus dan ribosom kerana organel tersebut mengalami kemerosotan apabila matang.
  • Tiub tapis tersusun dari hujung ke hujung untuk membentuk tiub yang memanjang dan bersambungan.
  • Mengangkut gula yang terhasil daripada fotosintesis dari daun ke organ penyimpanan seperti akar, buah dan umbisi.

Advertisements

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!