Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu
2.1 - Sistem Pemerintahan
Asas Sistem Pemerintahan
- Kerajaan Alam Melayu yang masyhur mengamalkan sistem beraja.
- Sistem beraja terbahagi kepada dua peringkat: pemerintahan pusat dan pemerintahan wilayah.
- Raja berada di puncak pemerintahan dan dibantu oleh pembesar pusat serta pembesar wilayah.
- Sistem yang teratur menjadi tonggak pembangunan kerajaan dan mewujudkan kestabilan di Alam Melayu.
Kerajaan Funan
Raja
- Menggunakan beberapa gelaran:
- Kurung Bnam: raja gunung;
- Rajadhiraja: raja segala raja;
- Cakravatin: pemerintah alam sejagat.
Pemerintahan Pusat dan Wilayah
- Raja dibantu oleh golongan agama dan golongan tentera.
- Funan dibahagikan kepada tujuh wilayah.
- Ketua wilayah ialah putera raja yang digelar Raja Kecil.
Kerajaan Champa
Raja
- Menggunakan gelaran Rajadhiraja.
- Diiktiraf sebagai pemerintah yang mulia dan suci serta dikaitkan dengan Dewa Siva.
Pemerintahan Pusat dan Wilayah
- Raja dibantu oleh pembesar yang bertanggungjawab:
- mengutip cukai;
- menjaga keamanan;
- mengukuhkan pertahanan.
- Champa dibahagikan kepada lima wilayah: Indrapura, Amaravati, Vijaya, Kauthara dan Panduranga.
Kerajaan Srivijaya
Raja
- Mempunyai unsur kesaktian.
- Dianggap sebagai Bodhisattva, yang merujuk peranan raja sebagai Buddha di bumi.
- Digelar Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau.
- Inskripsi Telaga Batu memberikan maklumat tentang sistem pemerintahan Srivijaya.
Pemerintahan Pusat dan Wilayah
- Raja dibantu oleh:
- Yuvaraja: Putera Mahkota;
- Pratiyuvaraja: Raja Muda;
- Rajakumara;
- golongan agama, tentera, pemungut cukai, hakim dan penjaga harta kerajaan.
- Pentadbiran wilayah terbahagi kepada:
- Kedatuan: ditadbir oleh Datu berketurunan raja;
- Pradatuan: ditadbir oleh Datu bukan berketurunan raja.
Kerajaan Angkor
Raja
- Menggunakan gelaran Dewaraja yang mengaitkan raja sebagai dewa.
- Permaisuri dan Raja Muda merupakan kuasa kedua dan ketiga yang penting dalam sistem pemerintahan.
Pemerintahan Pusat dan Wilayah
- Raja dibantu oleh pembesar yang bertanggungjawab dalam bidang:
- keagamaan;
- kehakiman;
- keselamatan;
- perbendaharaan.
- Susunan pentadbiran: wilayah → daerah → daerah kecil → kampung.
Kerajaan Majapahit
Raja
- Menggunakan gelaran Maharaja, Sri Maharaja dan Sri Bathara.
Pemerintahan Pusat dan Wilayah
- Raja dibantu oleh Sapta Prabu dan para pembesar.
- Sapta Prabu ialah Majlis Penasihat Diraja yang dianggotai oleh kerabat diraja.
- Wanita kerabat diraja mendapat tempat yang tinggi dalam pentadbiran: menjadi anggota Sapta Prabu, malahan ada yang dilantik menjadi raja.
- Majapahit dibahagikan kepada 14 wilayah.
- Setiap wilayah dipecahkan kepada:
- Kabupaten;
- Kawadanan;
- Pakuwuan;
- Kebuyutan.
- Pecahan tersebut meliputi daerah, daerah kecil dan kampung.
Kerajaan Kedah Tua
- Pentadbirannya banyak dibayangi oleh kerajaan besar di Alam Melayu, terutamanya Srivijaya.
- Bentuk pentadbirannya mudah dengan adanya seorang ketua.
- Ketua mengurus hal perdagangan dan keagamaan.
- Corak pemerintahan berubah apabila Kedah Tua menjadi sebahagian daripada Srivijaya.
- Kedah Tua kemudian menjadi sebahagian daripada Pradatuan Srivijaya.
Kerajaan Gangga Nagara
- Struktur pemerintahannya tidak jelas.
- Kajian menunjukkan Gangga Nagara mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
- Raja berperanan:
- membangunkan kemajuan perdagangan;
- bertanggungjawab terhadap hal ehwal keselamatan.
Kepentingan dan Iktibar
- Sistem pemerintahan merupakan tonggak penting dalam usaha raja-raja kerajaan Alam Melayu membangunkan kerajaan.
- Sistem pemerintahan yang teratur mewujudkan kestabilan di Alam Melayu.
- Kestabilan dan keamanan negara perlu dihargai supaya rakyat dapat hidup makmur dan maju.
Advertisements
Answer practice questions to test your knowledge
Practice