Kesultanan Johor Riau
6.1 - Pengasasan Kesultanan Johor Riau
Asas Kesultanan Johor Riau
- Diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka.
- Mewarisi sistem pemerintahan, sistem pentadbiran, wilayah jajahan takluk dan wilayah naungan Kesultanan Melayu Melaka.
- Meneruskan tradisi kegemilangan dan keagungan kerajaan awal di Alam Melayu.
Pengasasan Kerajaan
- Pengasas: Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah.
- Gelaran: Sultan Alauddin Riayat Shah I.
- Tempoh pemerintahan: 1528–1564.
- Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan menghimpunkan rakyat untuk membuka negeri di pesisir Sungai Johor.
- Sultan Alauddin Riayat Shah I membina asas kukuh bagi pemerintah seterusnya mengembalikan kewibawaan dan kedaulatan kerajaan Kesultanan Melayu.
Pusat Pemerintahan Awal
Kota Kara, Pekan Tua — 1528
- Dibina oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I.
- Terletak berhampiran sungai yang lebar dan dalam → kapal mudah keluar masuk.
- Kawasan berbukit bukau → benteng pertahanan semula jadi daripada ancaman luar.
- Diserang dan dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1535.
Kota Sayong, Sayong Pinang — Selepas 1535
- Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dari Kota Kara lalu membuka pusat pemerintahan di Kota Sayong.
- Lebih selamat kerana sungainya sempit → kapal perang musuh sukar melintasinya.
Kota Batu, Johor Lama — 1540
- Sultan Alauddin Riayat Shah I memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu.
- Turut dikenali sebagai Tanjung Batu.
- Terletak secara strategik di Sungai Johor yang lebar dan dalam → kapal dagang mudah masuk.
Kesinambungan Keturunan Pemerintah
- 1528–1699: diperintah oleh waris berketurunan Kesultanan Melayu Melaka.
- 1699–1824: kegemilangan dan kemasyhuran diteruskan oleh sultan berketurunan Bendahara Johor.
Cabaran ke Arah Kegemilangan
Kesultanan Johor Riau mempertahankan kedaulatannya daripada persaingan kuasa luar, peperangan, perebutan pengaruh pembesar dan tuntutan takhta.
Persaingan Johor–Acheh–Portugis
- Peperangan tiga kuasa untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka.
- Dikenali sebagai Perang Tiga Segi atau Perang Seratus Tahun.
- Johor menyerang Portugis di Melaka: mahu merampas semula Melaka daripada Portugis.
- Acheh menyerang Johor: perdagangan Acheh tergugat.
- Portugis menyerang Johor: wujud pakatan Johor dengan Acheh.
- Acheh menyerang Portugis di Melaka: Portugis mahu menguasai perdagangan Acheh.
- Berakhir apabila Johor membantu Belanda mengalahkan Portugis dan menguasai Melaka pada tahun 1641.
- Acheh merosot selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani.
Perang Johor–Jambi
- Punca: Johor menuntut wilayah Tungkal daripada kerajaan Jambi.
- Krisis dan peperangan berlangsung dari tahun 1659 hingga 1679.
- Johor menyerang Jambi pada Jun 1679.
- Jambi tewas lalu tunduk di bawah Kesultanan Johor Riau yang berpusat di Riau.
Konflik Pembesar
- Berlaku antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana Tun Abdul Jamil untuk menguasai pemerintahan.
- Berakhir apabila Laksamana Tun Abdul Jamil berundur ke Terengganu.
- Keturunan Bendahara kembali berpengaruh dalam pemerintahan Kesultanan Johor Riau.
- Tun Habib meninggal dunia dan dikenali sebagai Bendahara Padang Saujana.
- Jawatan Bendahara digantikan oleh anaknya, Tun Abdul Jalil.
Ancaman Raja Kechil
- 1718: Raja Kechil menyerang Johor untuk menuntut takhta.
- Mendakwa dirinya putera Sultan Mahmud Shah I atau Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (1685–1699).
- Mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Johor Riau dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
- Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV, meminta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara untuk mengusir Raja Kechil.
- Raja Kechil dikalahkan pada 4 Oktober 1722.
- Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722–1760).
- Daeng Merewah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Muda atau Yamtuan Muda Bugis yang pertama di Johor.
- Opu Bugis Lima Bersaudara: kerabat diraja Bugis-Luwu dari Sulawesi Selatan yang terdiri daripada Daeng Parani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi.
Strategi Menghadapi Cabaran
Pemindahan Pusat Pemerintahan
- Sebahagian besar pusat pemerintahan terletak di sepanjang pesisir Sungai Johor.
- Antara pusat dan kota: Kota Kara, Kota Sayong, Kota Batu atau Johor Lama, Kota Seluyut, Kota Batu Sawar, Kota Panchor, Kota Tinggi dan Makam Tauhid.
- Pusat pemerintahan kerap dipindahkan kerana:
- memenuhi keperluan strategi ketenteraan;
- memperkukuh pertahanan; dan
- menjadi muslihat mempertahankan diri daripada ancaman Portugis dan Acheh.
- Semasa Sultan Ibrahim (1677–1685), pusat pemerintahan baharu dibuka di Kepulauan Riau Lingga dan kegemilangan kesultanan diteruskan.
- Kesultanan ini turut dikenali sebagai Kesultanan Johor Riau Lingga kerana Lingga pernah menjadi pusat pemerintahan ketika:
- Sultan Abdullah Ma’ayat Shah (1615–1623);
- Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (1718–1722); dan
- Sultan Mahmud Shah II (1761–1812).
Pembinaan Kota Pertahanan
- Bentuk dan ciri kota berubah mengikut lokasi pusat pemerintahan.
- Kota Kara:
- dibina oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I semasa pengasasan kerajaan;
- terletak di Kuala Sungai Telor;
- berpagar pancang kayu besar setinggi 40 kaki atau 12 meter; dan
- diperkuat dengan bedil dan meriam.
Menjalinkan Hubungan dengan Belanda
- Tujuan: mengekalkan kedaulatan Johor serta menghadapi ancaman Portugis di Melaka dan Acheh.
- 1602: Belanda menawarkan bantuan kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II (1597–1615) untuk melindungi Johor daripada serangan Portugis dan Acheh.
- 17 Mei 1606: Perjanjian Johor–Belanda ditandatangani oleh Admiral Belanda, Cornelis Matelief de Jonge, dan Sultan Alauddin Riayat Shah II di atas kapal Belanda Oranje.
- Belanda kemudian meminta bantuan Johor menyerang Melaka.
- Bantuan Johor dalam perang Belanda–Portugis:
- mengangkut peralatan perang;
- membuat tapak meriam;
- menggali parit kubu;
- menyekat musuh daripada melarikan diri ke dalam hutan; dan
- menaikkan semangat tentera Belanda.
- 2 Ogos 1640: Johor mula membantu Belanda mengepung dan menyerang Portugis di Melaka.
- Januari 1641: Portugis di Melaka ditewaskan.
Kepentingan dan Iktibar
- Pemindahan pusat pemerintahan, pembinaan kota pertahanan dan hubungan persahabatan dengan Belanda mengekalkan kedaulatan dan kestabilan Kesultanan Johor Riau.
- Kewibawaan, kebijaksanaan, kecekalan dan semangat juang pemerintah membawa kesultanan menuju kegemilangan di Alam Melayu.
- Semangat gigih, usaha tanpa jemu, keyakinan diri dan cinta akan negara penting untuk mempertahankan kedaulatan serta mencapai kejayaan.
Advertisements
Answer practice questions to test your knowledge
Practice