Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
Advertisements
3.4 - Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
Peluasan Kuasa Jepun
Keperluan Perindustrian
Sebagai sebuah negara industri yang berkembang pesat akibat Pembaharuan Meiji, Jepun memerlukan bekalan bahan mentah (petroleum, bijih timah, getah) secara berterusan serta pasaran baharu untuk hasil industrinya.
Sekatan ekonomi oleh pihak Barat mendorong Jepun mengalihkan tumpuan ke wilayah selatan (Asia Tenggara) yang kaya dengan bahan mentah.
Pengaruh Golongan Tentera
Golongan tentera yang agresif mula menguasai politik Jepun.
Di bawah kepimpinan Jeneral Hideki Tojo sebagai Perdana Menteri, Jepun mengambil keputusan menyelesaikan masalah ekonomi negara melalui penaklukan ketenteraan.
Doktrin Orde Baharu Asia
Matlamat Jepun menubuhkan Orde Baharu Asia Timur Raya (merangkumi Jepun, Korea, China, Manchuria, dan seluruh Asia Tenggara).
Slogan propaganda “Semangat Asia” dan “Asia untuk Orang Asia” digunakan untuk menentang imperialisme Barat dan meraih sokongan penduduk tempatan.
Langkah Peluasan Kuasa Jepun
Sekatan Ekonomi Terhadap Jepun
Berikutan pencerobohan Jepun ke atas China dan Indochina, pihak Bersekutu (Amerika Syarikat, Britain, dan Belanda) mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun dengan membekukan semua aset Jepun serta menghentikan eksport petroleum dan bahan mentah.
Sekatan ini melumpuhkan industri dan operasi ketenteraan Jepun.
Rancangan Penaklukan Wilayah Selatan
Jepun bertindak menyerang Asia Tenggara untuk menguasai sumber asli, terutamanya petroleum (di Sarawak dan Indonesia) serta bijih timah dan getah (di Tanah Melayu).
Jerman (sekutu Jepun dalam Kuasa Paksi) membantu dengan menghantar pakar ketenteraan untuk membantu industri pembuatan kapal terbang Jepun.
Bermulanya Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
Serangan Terhadap Pearl Harbour dan Tanah Melayu
8 Disember 1941: Jepun menyerang pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbour, Hawaii untuk melumpuhkan armada Pasifik AS.
Serentak dengan itu, Jepun mendarat di Kota Bharu (Tanah Melayu), Singgora, dan Patani (Thailand).
Serangan diteruskan ke wilayah lain seperti Filipina, Hong Kong, Guam, dan Wake. Penglibatan AS dalam Perang Dunia Kedua bermula selepas mereka mengisytiharkan perang terhadap Jepun.
Advertisements
Answer practice questions to test your knowledge
PracticeAdvertisements