WeAcademia

Perlembagaan Persekutuan

Advertisements

2.1 - Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan

Pengenalan Perlembagaan

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi teras pemerintahan sesebuah negara. Sebelum kedatangan British, negara kita diperintah berdasarkan sistem beraja. Undang-undang dan adat Melayu digunakan sebagai panduan serta kawalan kepada raja dan rakyat.

Asas Pembentukan Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan digubal berasaskan dua sumber utama, iaitu undang-undang negeri Melayu dan undang-undang Inggeris.

Undang-Undang Negeri Melayu

  • Raja sebagai pemerintah yang berdaulat manakala rakyat memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi.

  • Undang-undang bertulis zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka menjadi teras utama.

  • Undang-undang ini menjadi asas perkembangan undang-undang bertulis di negeri Melayu yang lain seperti Undang-Undang Kedah, Johor, Perak dan Terengganu.

Undang-Undang Inggeris

  • British memperkenalkan undang-undang mereka di Negeri-negeri Selat (NNS) yang dikenali sebagai Charter of Justice (Piagam Keadilan) yang diambil daripada undang-undang yang digubal di England.

  • Di Sarawak, terdapat perlembagaan bertulis pertama iaitu Perlembagaan Sarawak 1941 yang diasaskan oleh Vyner Brooke, manakala selepas Perang Dunia Kedua diperkenalkan Sarawak Letters Patent 1946.

  • Di Sabah, badan pentadbiran dikawal melalui Sabah Letters Patent 1950 yang mewujudkan Majlis Kerja dan Majlis Undangan.

Advertisements

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!