WeAcademia

Pembiakan Seks, Perkembangan dan Pertumbuhan dalam Manusia dan Haiwan

Advertisements

15.6 - Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Pembiakan Manusia

Kemandulan

  • Berlaku apabila pasangan suami isteri tidak berupaya untuk melahirkan anak
  • Mungkin berpunca daripada suami atau isteri, atau kedua-duanya

Punca Kemandulan Lelaki

  • Testis tidak menghasilkan sperma
  • Mati pucuk
  • Kualiti sperma rendah atau sperma yang abnormal
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Bilangan sperma kurang

Punca Kemandulan Perempuan

  • Ovari tidak menghasilkan oosit sekunder
  • Tiub Falopio tersumbat
  • Uterus abnormal
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Ketumbuhan dalam uterus

Rawatan Kemandulan

  • Ketidaksimbangan hormon: Rawatan hormon
  • Tiub Falopio tersumbat: Pembedahan atau persenyawaan in vitro (IVF)
  • Saluran duktus sperma tersumbat: Pembedahan

Advertisements

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!