Kesultanan Melayu Melaka
5.2 - Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Melayu Melaka berkembang daripada perkampungan nelayan menjadi kerajaan masyhur di Alam Melayu. Kegemilangannya didukung oleh faktor pemerintahan yang mantap dan pencapaian dalam pelbagai aspek.
Faktor Kegemilangan
A. Kepemimpinan Raja
Keturunan Raja Palembang
- Berdasarkan Sulalatus Salatin, pemerintah Melaka ialah zuriat anak Raja Palembang yang dikatakan bersusur galur daripada Iskandar Zulkarnain.
- Susur galur tersebut memberikan Sultan Melaka taraf dan kedudukan tinggi dalam kalangan kerajaan Alam Melayu.
Peranan yang Unggul
Raja:
- menjadi simbol perpaduan dan kemakmuran;
- menjadi ketua angkatan tentera;
- mengetuai hubungan diplomatik;
- menyelaraskan kegiatan ekonomi;
- menjadi ketua agama Islam; dan
- menegakkan keadilan.
Daulat dan Alat Kebesaran
- Kepemimpinan raja berkait dengan konsep daulat dan derhaka, adat istiadat istana serta alat kebesaran diraja.
- Daulat: kuasa dan kewibawaan raja sebagai pemimpin.
- Rakyat mengakui kedaulatan raja melalui taat setia sepenuhnya dan larangan menderhaka.
- Alat kebesaran diraja: cap mohor, nobat, keris, lembing dan mahkota.
- Alat kebesaran digunakan dalam istiadat:
- pertabalan;
- perkahwinan; dan
- kemangkatan raja.
- Daulat, adat istiadat dan alat kebesaran mengukuhkan kedudukan tinggi dan istimewa raja.
Kewibawaan
- Raja bersifat adil, berwibawa dan mengambil berat tentang kebajikan rakyat.
- Raja memerintah mengikut bidang kuasa yang ditetapkan dalam Hukum Kanun Melaka.
- Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mansur Shah mengutamakan keamanan serta kebajikan rakyat.
- Sultan Mansur Shah menasihati puteranya, Sultan Alauddin Riayat Shah, supaya:
- bersikap adil terhadap rakyat;
- menyiasat segala tuduhan dengan teliti; dan
- bekerjasama dengan pegawai-pegawainya.
B. Sistem Pentadbiran
Sistem Pembesar Empat Lipatan
- Pada setiap peringkat pentadbiran, pembesar dilantik untuk melicinkan pemerintahan.
- Sultan dibantu oleh:
- pembesar berempat;
- pembesar berlapan;
- pembesar enam belas; dan
- pembesar tiga puluh dua.
- Pembesar mentadbir peringkat pusat, jajahan, daerah, mukim dan kampung.
- Pentadbiran yang mantap mewujudkan keamanan dan kemakmuran serta kemudiannya diwarisi oleh kerajaan Melayu lain.
Pembesar Berempat
- Pembesar peringkat pusat dan tonggak utama pentadbiran.
- Dikenali sebagai Orang Kaya Berempat.
- Bendahara: penasihat raja, menteri utama peringkat pusat, ketua turus angkatan perang, ketua hakim dan pemangku sultan.
- Penghulu Bendahari: pemungut hasil atau ufti, ketua segala bendahari, ketua urus setia istana dan ketua syahbandar.
- Temenggung: ketua polis dan penjara, penguasa bandar dan Kota Melaka, pegawai protokol istana serta hakim di darat.
- Laksamana: ketua angkatan laut, pengawal peribadi raja, ketua duta, ketua utusan ke negara luar dan hakim di laut.
Tugas dan Kuasa Pembesar
- Menjaga keamanan kawasan.
- Mengutip cukai dan hasil melalui sistem serah.
- Membekalkan tentera ketika perang.
- Menyediakan tenaga buruh melalui sistem kerah.
- Sistem serah: rakyat menyerahkan sebahagian hasil tanaman kepada pemerintah sebagai balasan kerana pembesar menyediakan tanah; kadar serahan bergantung pada hasil tanaman dan ternakan.
- Sistem kerah: rakyat melakukan pekerjaan tanpa upah, seperti membina istana, kubu, jalan dan saliran; mencerminkan taat setia, pengorbanan dan kerjasama rakyat.
- Pemerintah mengurniakan kawasan khas kepada pembesar sebagai balasan sokongan terhadap pentadbiran:
- kawasan pegangan: dikurniakan kepada pembesar berempat;
- kawasan pemakanan: ditadbir pembesar jajahan dan daerah.
- Pembesar dibenarkan mengutip cukai di kawasannya dan menyerahkan ufti kepada pemerintah.
C. Sistem Perundangan
Hukum Kanun Melaka
- Mula ditulis pada zaman Sultan Muzaffar Shah (1446–1456).
- Disusun semula dengan teratur pada zaman Sultan Mahmud Shah (1489–1511).
- Mengandungi 44 fasal berkaitan:
- hak keistimewaan;
- tanggungjawab raja dan pembesar; serta
- hukum Islam dalam jenayah, urusan jual beli dan kekeluargaan.
- Kepentingan:
- mewujudkan keamanan;
- menjamin keselamatan rakyat; dan
- membolehkan jenayah ditangani dengan teratur.
Undang-Undang Laut Melaka
- Ditulis pada zaman Sultan Mahmud Shah.
- Mengandungi 25 fasal.
- Menetapkan:
- peraturan pelayaran dan perdagangan;
- peraturan di laut;
- tertib berniaga dan tatacara berjual beli; serta
- tanggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi dan syahbandar.
- Kepentingan:
- melancarkan perdagangan secara adil; dan
- meningkatkan keyakinan pedagang.
Adat Temenggung
- Undang-undang adat yang diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan.
- Meliputi sistem pemerintahan, perwarisan takhta, perkahwinan, perwarisan harta dan perundangan.
- Ciri utama:
- mengamalkan pemerintahan beraja;
- kuasa tertinggi terletak pada sultan atau raja; dan
- takhta diwarisi oleh anak lelaki sulung.
- Membolehkan perwarisan takhta berlaku secara teratur.
Aspek Kegemilangan
- Bukti kegemilangan turut ditunjukkan oleh bahasa Melayu sebagai lingua franca.
- Sebanyak 84 bahasa dipertuturkan di Melaka.
A. Empayar yang Luas
- Empayar meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan pantai timur Sumatera.
- Wilayah terdiri daripada tanah jajahan dan naungan.
Cara Pembentukan Empayar
- Penaklukan
- Bertujuan menjamin keselamatan dan kemakmuran Melaka.
- Semenanjung Tanah Melayu: Kuala Linggi, Beruas, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
- Sumatera: Siak, Rokan, Kampar dan Rupat.
- Perkahwinan
- Perkahwinan Sultan Melaka dengan puteri diraja kerajaan lain mengukuhkan persahabatan dan kekeluargaan.
- Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Cendera Kirana, meluaskan pengaruh Melaka.
- Naungan
- Pemerintah kerajaan lain rela mengakui naungan Melaka.
- Raja yang berada di bawah naungan Melaka ditabal oleh Sultan Melaka.
- Kerajaan naungan: Lingga, Patani dan Kedah.
Kepentingan Pembentukan Empayar
- Politik
- Meluaskan wilayah dan jajahan takluk.
- Mengukuhkan hubungan dengan kerajaan yang ditakluk.
- Menyekat pengaruh kuasa serantau seperti Siam, Majapahit dan Pasai.
- Ekonomi
- Menerima hadiah dalam bentuk wang, emas, timah dan bantuan ketenteraan.
- Mendapat bekalan seperti hasil pertanian, rempah-ratus dan bijih timah untuk diperdagangkan di pelabuhan Melaka.
- Menguasai perdagangan di Selat Melaka.
- Sosial
- Berlaku asimilasi budaya tempatan dengan budaya Arab, India, China dan Alam Melayu.
- Wujud masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai suku dan bangsa.
- Agama
- Mendorong usaha penyebaran agama Islam.
- Islam berkembang luas ke Pahang, Kelantan, Perak, timur Sumatera dan Patani.
Pentadbiran Empayar
- Pentadbiran pusat: berpusat di Melaka, tempat raja bersemayam; raja dibantu oleh pembesar pusat.
- Kawasan naungan: mengakui ketuanan Melaka dan menghantar ufti; diketuai pemerintah negeri berkenaan dengan bantuan pembesar tempatan.
- Kawasan jajahan: diketuai pemerintah yang dilantik oleh Sultan Melaka.
B. Pusat Penyebaran Agama Islam
- Sebelum Melaka, kerajaan awal Alam Melayu yang menerima pengaruh Islam ialah Samudera-Pasai dan Perlak.
- Pengislaman pemerintah menjadikan Melaka pusat penyebaran Islam unggul pada abad ke-15.
Cara Penyebaran Islam
- Pengislaman pemerintah
- Sultan Iskandar Shah memeluk Islam pada 1414, diikuti pembesar dan rakyat.
- Sultan Muzaffar Shah menjadikan Islam agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka.
- Perkahwinan
- Perkahwinan puteri Sultan Mansur Shah dengan putera Raja Siak menyebarkan Islam ke Siak.
- Peranan ulama dan mubaligh
- Ulama dan mubaligh dihantar ke seluruh kawasan pengaruh Melaka.
- Ulama Timur Tengah dan India mengembangkan ajaran tasawuf dan sufi; antaranya Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf.
- Sultan Alauddin Riayat Shah menghantar ulama mengajar Raja Pahang, Kampar dan Inderagiri tentang agama.
- Perdagangan
- Pedagang Arab, India dan China turut bertindak sebagai mubaligh.
- Dari Melaka, Islam disebarkan ke Brunei, Filipina dan kepulauan Indonesia.
- Peluasan kuasa
- Negeri naungan dan jajahan memeluk Islam sebagai tanda taat setia kepada pemerintah Melaka.
Kesan Penyebaran Islam
- Tumpuan ulama: Melaka menjadi pusat ulama dan pendakwah; sultan menaungi dakwah dan perbincangan kitab agama seperti Darul Manzum.
- Tempat pembelajaran: pada zaman Sultan Muzaffar Shah, madrasah, masjid dan surau menjadi tempat mempelajari al-Quran dan ilmu tasawuf.
- Persuratan:
- karya Arab dan Parsi disadur, antaranya Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah;
- tulisan Jawi dan bahasa Melayu berkembang; dan
- bahasa Melayu menjadi bahasa persuratan dan bahasa penulisan.
- Pemerintahan dan pentadbiran:
- unsur undang-undang Islam dimuatkan dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka;
- ulama berperanan dalam pentadbiran; dan
- jawatan mufti dan kadi diwujudkan untuk melicinkan pengurusan agama.
C. Pusat Perdagangan
- Melaka mengendalikan perdagangan antarabangsa sebagai pelabuhan entrepot:
- mengumpulkan barangan dari Alam Melayu; dan
- mengedarkan barangan timur dan barat ke Alam Melayu.
Faktor Kemajuan Pelabuhan
- Kedudukan strategik
- Terletak di laluan perdagangan antara India dengan China dan di Selat Melaka.
- Dikunjungi pedagang dari dalam dan luar Alam Melayu.
- Pusat pengumpulan dan pengedaran
- Barangan Alam Melayu: timah, emas, kapur barus, hasil hutan dan rempah-ratus.
- Sumber diperoleh daripada negeri naungan, jajahan dan kawasan sekitar Alam Melayu.
- Barangan luar: benang emas, kain pelikat, batu delima, tembikar, wangian dan bahan makanan.
- Kepelbagaian barangan menjadikan Melaka sebuah emporium maju.
- Kunjungan pedagang
- Pedagang luar paling ramai: Arab, China dan Gujerat.
- Pedagang Alam Melayu paling ramai: Pasai dan Jawa.
- Pedagang lain: Brunei, Pegu, Parsi, Turki, Mesir, Luzon, Ceylon, Burma, Kemboja, Champa dan Annam.
- Pusat perkapalan
- Kapal kecil: perahu, sampan, ghurab, penjajap, sagur, payar, baluk, lancang, kakap, balang dan kelulus.
- Kapal besar: jong dan bahtera.
D. Pengurusan Perdagangan
Syahbandar
- Mengurus pasar dan gudang.
- Menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang.
- Memeriksa alat timbang, sukat dan mata wang.
- Menjadi hakim di pelabuhan.
- Mengurus cukai.
- Menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.
Cukai Perdagangan
- Cukai pelabuhan yang rendah dan diurus secara sistematik menarik pedagang.
- Cukai dan bayaran surat kebenaran berniaga menjadi sumber pendapatan Melaka.
- Dua bentuk cukai:
- cukai rasmi: cukai import yang dikenali sebagai panduan; kadarnya berbeza mengikut tempat asal pedagang;
- cukai tidak rasmi: hadiah.
- Pedagang China dan Jepun memberikan hadiah bernilai sama dengan cukai lima peratus.
Sistem Tukar Barang dan Mata Wang
- Urusan berjual beli dijalankan dalam dua bentuk, iaitu pertukaran barangan dan penggunaan mata wang.
- Tukar barang melibatkan barangan China dan Alam Melayu dengan barangan Barat dan India.
- Pada peringkat awal, tukaran nilaian dilakukan menggunakan jongkong timah, serbuk emas dan kulit siput (cowrie).
- Mata wang timah dikenali sebagai Calains dan memaparkan nama Sultan Melaka.
- Mata wang emas dan perak turut digunakan.
- Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay juga diterima.
Orang Laut
- Taat setia kepada raja dan membantu mengekalkan kestabilan kerajaan.
- Menjamin kelancaran perdagangan tanpa gangguan.
- Menjadi pelayar dan penunjuk arah yang cekap.
- Bertindak sebagai tentera yang menjaga keselamatan pedagang di perairan Melaka.
Kemudahan Pelabuhan
- Gudang penyimpanan barang.
- Kemudahan pengangkutan.
- Bekalan makanan dan minuman.
- Khidmat membaiki kapal.
- Tempat penginapan.
- Syahbandar yang menjaga kebajikan pedagang.
- Tempat beribadat.
E. Hubungan Luar
- Bentuk hubungan: diplomatik dan perdagangan.
- Tujuan dan kesan:
- menjamin kestabilan serta keselamatan kerajaan; dan
- mengekalkan penguasaan perdagangan di Selat Melaka.
Kerajaan Alam Melayu
- Pasai
- Hubungan atas dasar sama taraf.
- Hubungan diplomatik diperkukuh melalui perkahwinan Sultan Melaka dengan puteri Pasai, Puteri Ratna Kaumala.
- Perkongsian pendapat dan perbincangan agama membantu Melaka menjadi pusat penyebaran Islam.
- Demak
- Hubungan berasaskan kepentingan perdagangan dan penyebaran Islam.
- Membekalkan beras, bahan makanan, rempah-ratus dan tentera kepada Melaka.
- Menjamin keamanan dan kemakmuran Melaka.
- Majapahit
- Hubungan terjalin melalui perkahwinan pemerintah Melaka dengan puteri Majapahit.
- Mengukuhkan persahabatan, meluaskan wilayah Melaka dan menamatkan ancaman Majapahit.
- Makasar
- Melaka menghantar utusan persahabatan.
- Hubungan meliputi perdagangan, perkapalan, Islam, kebudayaan dan kesenian.
- Makasar menghadiahi “Budak Raja” kepada Sultan Melaka sebagai tanda hubungan rapat.
Kerajaan Luar Alam Melayu
- China
- Hubungan diplomatik, persahabatan dan perdagangan bermula melalui kunjungan utusan Yin Ching (1403) dan Laksamana Zheng He (1405).
- China mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai pengiktirafan kepada Sultan Melaka.
- Naungan dan perlindungan China mengelakkan ancaman Siam.
- Ryukyu (Jepun)
- Hubungan diplomatik dan perdagangan.
- Sultan Mansur Shah mengutus surat tentang tingkah laku pedagang Ryukyu yang melanggar undang-undang Melaka.
- Hubungan meningkatkan perdagangan Melaka.
- Siam
- Mengancam Melaka pada zaman Parameswara dan Sultan Muzaffar Shah.
- Melaka kemudian menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan.
- Utusan Melaka diketuai Tun Telanai dan Menteri Jana Putera.
- Melaka memperoleh kayu jati, beras dan bahan makanan serta jaminan keselamatan.
- Kerajaan lain
- Hubungan perdagangan: Pegu, Luzon, Gujerat, Koromandel dan Bengal.
- Hubungan turut dijalin dengan Mesir, Parsi, Turki dan Arab.
- Kesannya, Melaka menjadi pusat perdagangan dan penyebaran Islam yang ulung di Alam Melayu.
Rumusan Faktor dan Aspek
- Kepemimpinan berwibawa + pentadbiran tersusun + undang-undang mantap menghasilkan kestabilan.
- Kestabilan membolehkan pembentukan empayar luas, perkembangan Islam, kemajuan perdagangan dan peluasan hubungan luar.
- Kegemilangan membuktikan kerajaan di Alam Melayu mampu menjadi bangsa yang maju dan kuat.
Iktibar
- Institusi raja perlu dipertahankan sebagai lambang perpaduan dan kemakmuran negara.
- Kestabilan sistem pentadbiran negara perlu dimantapkan daripada warisan Kesultanan Melayu Melaka.
- Kerjasama penting untuk mengembalikan peranan negara sebagai kuasa perdagangan yang gemilang.
- Hubungan luar menjamin kestabilan, keselamatan dan penguasaan perdagangan.
Advertisements
Answer practice questions to test your knowledge
Practice