Kesultanan Melayu Melaka
5.3 - Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka yang Berpusat di Melaka
Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Melaka berakhir selepas serangan dan penaklukan Portugis pada 1511. Walaupun berundur, pemerintah Melaka terus berjuang untuk mendapatkan semula kedaulatan kerajaan.
Faktor Dalaman
A. Masalah Kepimpinan
- Kelemahan Sultan Mahmud Shah dan pembesar dalam pemerintahan serta pentadbiran menimbulkan ketidakstabilan politik.
- Berlaku amalan:
- pilih kasih;
- rasuah; dan
- penyelewengan dalam pentadbiran.
- Pembesar saling berbalah.
B. Masalah Perpaduan
- Rakyat tidak bersatu padu.
- Persaingan kuasa antara pembesar menyebabkan perpecahan.
- Askar upahan dari luar tidak taat setia kepada Melaka.
Serangan Portugis
Matlamat Kedatangan
- Portugis mengejar kekayaan, keagamaan dan kemasyhuran.
- Portugis mahu:
- mengawal perdagangan rempah;
- menyebarkan agama Kristian; dan
- menghapuskan penguasaan pedagang Islam.
Kronologi Serangan
- 11 September 1509: hubungan Melaka–Portugis bermula dengan kedatangan Lopez de Sequeira.
- Rundingan gagal.
- Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka sebanyak tiga kali:
- 25 Julai 1511;
- 10 Ogos 1511; dan
- 24 Ogos 1511.
Strategi Melaka Menghadapi Serangan Portugis
- Kepemimpinan Melaka berikhtiar mempertahankan maruah dan kedaulatan melalui diplomasi, strategi, pertahanan dan pertempuran.
- Askar tempatan menunjukkan semangat juang dan keperwiraan tinggi.
- Strategi pertahanan:
- menggunakan lancaran dan perahu berapi;
- memperteguh pertahanan pantai dengan kayu-kayan, pelbagai jenis meriam dan peti berisi serbuk peluru;
- melepaskan tembakan meriam bertalu-talu dari pantai; dan
- menggunakan tentera bergajah untuk menghadapi Portugis.
Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan
- Sultan Mahmud Shah berundur dari Melaka ke beberapa wilayah naungan dan jajahan, kemudian bersemayam di Bentan.
- 1515–1519: baginda melancarkan tiga serangan untuk mendapatkan semula Melaka; semuanya gagal.
- 1526: Portugis memusnahkan pusat pemerintahan Sultan Mahmud Shah di Bentan.
- Baginda berundur ke Kampar.
- 1528: Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar.
Iktibar
- Perpaduan perlu dipelihara bagi mengelakkan perpecahan yang boleh mengancam keamanan negara.
- Maruah dan kedaulatan perlu dipertahankan melalui diplomasi, strategi, pertahanan dan pertempuran.
Advertisements
Answer practice questions to test your knowledge
Practice