WeAcademia

Penentangan Masyarakat Tempatan

Advertisements

7.4 - Kesan Penentangan Masyarakat Tempatan

Penentangan masyarakat tempatan memberikan kesan kepada pentadbiran British dan masyarakat tempatan.

Kesan terhadap Pentadbiran British

A. Kerugian Akibat Peperangan

  • Perang Naning: British kerugian 100,000 Pound Sterling.
  • Perang Perak: British membelanjakan 400,000 Pound Sterling.
  • Perang Pahang: British kerugian 7000 Pound Sterling.

B. Lebih Berhati-hati dalam Sistem Pentadbiran

  • British melantik Residen yang:
    • berpengalaman dan bijaksana;
    • fasih berbahasa Melayu;
    • pandai mengambil hati penduduk;
    • menguasai adat resam tempatan.
  • British menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN).
  • Ahli MMN dilantik oleh sultan atas cadangan Residen.
  • MMN menjadi badan penasihat sultan dan meluluskan Perintah atau Peraturan Sultan dalam Majlis Mesyuarat.

C. Merombak Skim Penempatan Pegawai

  • Pegawai British yang ditempatkan di negeri-negeri Melayu mesti mengetahui adat istiadat Melayu.
  • 1905: Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan di Perak.
  • Aristokrat Melayu diberikan peluang menyertai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (Malayan Civil Service – MCS).
  • Perkhidmatan Tadbir Melayu (Malay Administrative Service – MAS) ditubuhkan untuk melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan.

D. Pemantapan Kuasa Barat

  • British menguasai seluruh negeri Melayu.
  • Dinasti Brooke meluaskan pengaruh dan wilayah di Sarawak.
  • SBUB menguasai Sabah (Borneo Utara).

Kesan terhadap Masyarakat Tempatan

A. Kesan terhadap Pemerintah dan Pembesar Tempatan

KesanTokoh
Kehilangan jawatan dan kedudukanDol Said, Dato’ Bahaman dan Sharif Masahor
Kehilangan jiwaDato’ Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh dan Tok Janggut
Dibuang negeriSultan Abdullah, Raja Ismail, Ngah Ibrahim dan Haji Abdul Rahman Limbong

B. Kedudukan Raja dan Pembesar Melayu Diberi Perhatian

  • British memperkenalkan Durbar.
  • Durbar membolehkan sultan, Ahli Mesyuarat Negeri dan pembesar Melayu menyuarakan pandangan secara bebas tentang kepentingan bersama.
  • Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Negeri:
    • bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi;
    • tulisan Jawi digunakan dalam urusan surat-menyurat.

C. Inspirasi kepada Pejuang Kemerdekaan Tanah Air

  • Keberanian pejuang tempatan menjadi inspirasi kepada pejuang bangsa.
  • Perjuangan mereka menyemarakkan semangat pejuang kemerdekaan.

Kesimpulan dan Iktibar

  • Sistem pentadbiran Barat menyebabkan penderitaan dan penghinaan; kekayaan tanah air dirampas dan masyarakat tempatan ditindas.
  • Pejuang tempatan bangkit mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara.
  • Kuasa Barat menggunakan tipu helah, manipulasi, pengaruh istana, kekuatan tentera dan undang-undang untuk menewaskan kebangkitan.
  • Pejuang menerima hukuman berat: hukuman mati, buang negeri, penjara, rampasan harta dan pembakaran kampung halaman.
  • Semangat perjuangan mereka menuntut generasi seterusnya bersiap siaga mempertahankan kedaulatan, maruah bangsa dan tanah air.

Advertisements

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!