Metabolisme dan Enzim
Advertisements
5.1 - Metabolisme
Jenis-jenis Metabolisme dalam Sel
Metabolisme merujuk kepada kesemua tindak balas kimia yang berlaku dalam organisma hidup. Proses-proses dalam metabolisme melibatkan penukaran makanan kepada tenaga dalam bentuk adenosina trifosfat (ATP), serta pembentukan makromolekul seperti karbohidrat, protein, lipid, dan asid nukleik.
Metabolisme terbahagi kepada dua jenis utama:
- Katabolisme: Proses penguraian bahan daripada bentuk yang kompleks kepada bentuk yang ringkas.
- Tindak balas ini membebaskan tenaga.
- Contoh: Penguraian glukosa semasa respirasi sel untuk menjana tenaga.
- Persamaan tindak balas:
- Anabolisme: Proses sintesis molekul kompleks daripada molekul ringkas.
- Tindak balas ini menggunakan, menyerap atau memerlukan tenaga.
- Contoh: Penghasilan glukosa semasa fotosintesis, atau sintesis protein daripada asid amino.
- Persamaan tindak balas:
Advertisements
Answer practice questions to test your knowledge
Practice