WeAcademia

Gerak Balas dalam Tumbuhan

5.1 - Jenis Gerak Balas

  • Gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan persekitaran biasanya merupakan gerak balas pertumbuhan.
  • Dua jenis gerak balas tumbuhan ialah gerak balas tropisme dan gerak balas nasti.

Tropisme

  • Definisi: Gerak balas bahagian-bahagian tertentu tumbuhan seperti akar dan pucuk, sama ada tumbuh mendekati atau menjauhi rangsangan.
  • Ciri-ciri:
    • Gerak balas kekal dan dipengaruhi oleh hormon tumbuhan.
    • Gerak balas perlahan dan tidak jelas.
    • Arah gerak balas bergantung kepada arah rangsangan.
    • Tropisme positif: Pertumbuhan ke arah rangsangan.
    • Tropisme negatif: Pertumbuhan menjauhi rangsangan.

Jenis Gerak Balas Tropisme

  • Tigmotropisme: Gerak balas tumbuhan terhadap sentuhan.
    • Sulur paut menunjukkan tigmotropisme positif dengan melilit objek untuk mendapat sokongan.
  • Geotropisme: Gerak balas tumbuhan terhadap tarikan graviti.
    • Akar menunjukkan geotropisme positif.
    • Pucuk menunjukkan geotropisme negatif.
  • Hidrotropisme: Gerak balas tumbuhan terhadap air.
    • Akar menunjukkan hidrotropisme positif dengan tumbuh ke arah air.
  • Fototropisme: Gerak balas tumbuhan terhadap cahaya.
    • Pucuk menunjukkan fototropisme positif dengan tumbuh ke arah cahaya.
  • Kemotropisme: Gerak balas tumbuhan terhadap bahan kimia.
    • Akar menunjukkan kemotropisme positif apabila tumbuh ke arah garam mineral.
    • Akar menunjukkan kemotropisme negatif apabila tumbuh menjauhi bahan kimia seperti racun.

Gerak Balas Nasti

  • Definisi: Gerak balas bahagian tertentu tumbuhan terhadap rangsangan yang tidak dipengaruhi oleh arah rangsangan.
  • Ciri-ciri:
    • Bukan semua gerak balas nasti merupakan gerak balas pertumbuhan.
    • Lebih cepat dan jelas berbanding dengan gerak balas tropisme.
    • Sesetengah gerak balas nasti bertujuan untuk kemandirian.

Jenis Gerak Balas Nasti

  • Fotonasti: Gerak balas terhadap cahaya.
    • Bunga ros Jepun kembang apabila menerima cahaya matahari maksimum dan menguncup pada waktu malam.
  • Seismonasti: Gerak balas terhadap rangsangan mekanikal seperti kejutan, sentuhan, tiupan angin dan titisan air hujan.
    • Daun pokok semalu menguncup apabila disentuh.
  • Niktinasti: Gerak balas ritma sirkadian terhadap keadaan gelap.
    • Daun tumbuhan kekacang seperti petai belalang (Leucaena leucocephala) menguncup pada waktu malam dan mengembang pada waktu siang.
  • Termonasti: Gerak balas terhadap perubahan suhu persekitaran.
    • Bunga tulip kembang apabila suhu meningkat dan menguncup apabila suhu menurun.
  • Tigmonasti: Gerak balas terhadap getaran.
    • Perangkap lalat Venus mengatupkan daunnya dan memerangkap serangga apabila menerima rangsangan.

Advertisements

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!