WeAcademia

Gerak Balas dalam Tumbuhan

5.2 - Fitohormon

Definisi dan Ciri-Ciri

  • Fitohormon, atau hormon tumbuhan, merupakan bahan kimia yang merangsang dan menyelaras gerak balas dalam tumbuhan terhadap rangsangan pada kepekatan yang sangat rendah.
  • Fitohormon biasanya disintesis di dalam organ tumbuhan tertentu dan diangkut ke bahagian atau organ sasaran melalui floem.

Fungsi Fitohormon Utama

  • Auksin
    • Berfungsi dalam fototropisme dan geotropisme.
    • Menggalakkan perkembangan kedominan apeks pucuk dan akar.
    • Merangsang pertumbuhan dan pemanjangan sel akar dan sel pucuk.
    • Merangsang percambahan akar adventitius pada keratan batang.
    • Merangsang pembahagian sel di kambium semasa pertumbuhan sekunder.
    • Merencatkan keguguran buah dan daun yang masih muda.
    • Merencatkan pengeluaran tunas sisi.
  • Giberelin
    • Menggalakkan pembahagian dan pemanjangan sel batang.
    • Merangsang perkembangan daun, bunga dan buah.
    • Merangsang perkembangan dan percambahan biji benih.
    • Menyebabkan pertumbuhan batang berbunga pada tumbuhan kerdil.
    • Merencat perkembangan akar.
  • Sitokinin
    • Merangsang pembahagian dan pemanjangan sel akar dan sel batang dengan kehadiran auksin.
    • Merangsang percambahan biji benih.
    • Merencatkan perkembangan kedominan apeks.
    • Melambatkan proses penuaan daun.
    • Merangsang pertumbuhan tunas sisi.
  • Asid absisik
    • Merencatkan pertumbuhan tumbuhan.
    • Merangsang pengguguran buah, daun dan bunga yang matang.
    • Menggalakkan kedormanan biji benih.
    • Menggalakkan penutupan liang stoma pada musim kemarau.
    • Merencat pertumbuhan tunas dan percambahan biji benih.
  • Etilena
    • Merangsang pemasakan buah.
    • Merangsang penuaan tumbuhan.
    • Merangsang keguguran daun dan buah.

Kesan Auksin terhadap Gerak Balas Pertumbuhan

  • Auksin disintesis pada hujung koleoptil dan merangsang pemanjangan sel.
  • Eksperimen koleoptil:
    • Hujung koleoptil yang dipotong tidak menunjukkan pertumbuhan.
    • Hujung yang diletakkan semula atau blok agar-agar yang mengandungi auksin dan diletakkan di tengah koleoptil terpotong menyebabkan koleoptil tumbuh tegak ke atas.
    • Blok agar-agar yang diletakkan pada bahagian sisi koleoptil menyebabkan koleoptil membengkok.
  • Inferens:
    • Taburan auksin yang sekata menyebabkan koleoptil tumbuh tegak ke atas.
    • Bahagian yang menerima lebih banyak auksin memanjang lebih cepat; koleoptil membengkok ke arah sisi yang kurang atau tidak menerima auksin.
  • Rangsangan luar seperti cahaya dan graviti mempengaruhi taburan auksin.
  • Kepekatan auksin yang tinggi merangsang pemanjangan sel di pucuk tetapi merencatkan pemanjangan sel di akar.

Peranan Auksin dalam Gerak Balas Tumbuhan

Peranan Auksin dalam Gerak Balas Fototropisme

  • Cahaya dari semua arah menghasilkan taburan auksin yang sekata; pucuk tumbuh tegak ke atas.
  • Cahaya dari satu arah menyebabkan auksin bergerak menjauhi cahaya dan berkumpul di bahagian teduh.
  • Sel di bahagian teduh memanjang lebih banyak daripada sel di bahagian yang terkena cahaya.
  • Pucuk membengkok ke arah cahaya dan menunjukkan fototropisme positif.

Peranan Auksin dalam Gerak Balas Geotropisme

  • Dalam biji benih yang bercambah secara mendatar, tarikan graviti menyebabkan auksin berkumpul di bahagian bawah hujung pucuk dan hujung akar.
  • Pucuk: Kepekatan auksin yang tinggi di bahagian bawah merangsang pemanjangan sel; pucuk membengkok ke atas dan menunjukkan geotropisme negatif.
  • Akar: Kepekatan auksin yang tinggi di bahagian bawah merencat pemanjangan sel; akar membengkok ke bawah dan menunjukkan geotropisme positif.

Advertisements

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!