WeAcademia

Sosiobudaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

3.3 - Seni Bina

Maksud dan Bentuk Seni Bina

  • Seni bina: suatu seni mereka bentuk sesebuah binaan yang mempunyai fungsi tertentu.
  • Kecemerlangan masyarakat kerajaan Alam Melayu terserlah melalui pembinaan candi, kapal dan sistem pengairan.

Kerajaan Funan

Perkapalan

  • Membina kapal besar yang boleh memuatkan sehingga 700 orang dan 1000 tan kargo barangan.
  • Membina perahu panjang yang boleh membawa 100 orang penumpang.

Sistem Pengairan

  • Mengawal limpahan air.
  • Mengalirkan air masin keluar dari tanah pertanian.

Candi

  • Berfungsi sebagai:
    • rumah ibadat;
    • pusat pendidikan;
    • tempat pertemuan masyarakat.
  • Tinggalan terkenal: Candi Go Cay Thi di Oc Eo.

Kerajaan Champa

  • Keunggulan seni bina terserlah melalui pembinaan candi.
  • Kompleks candi masyhur:
    • Lembah Mi Son;
    • Dong Duong;
    • Po Nagar.

Kerajaan Srivijaya

Candi

  • Membina Candi Muara Takus dan Candi Muara Jambi di Sumatera.

Perkapalan

  • Ibu kota Srivijaya menjadi pusat binaan kapal.
  • Rekod kerajaan China mencatatkan Palembang sebagai pusat binaan kapal-kapal Melayu yang dikenali sebagai Kun-lun-po.
  • Kapal besar tersebut mampu belayar hingga pelabuhan Tonkin dan tenggara China.

Kerajaan Angkor

Sistem Pengairan

  • Seni bina berkait rapat dengan kegiatan pertanian.
  • Membina baray berukuran 2 × 8 kilometer.
  • Baray menampung 30 juta meter padu air untuk disalurkan ke sawah padi di sekitarnya.

Candi dan Kota

  • Binaan masyhur: Angkor Wat dan Angkor Thom.
  • Angkor Wat:
    • dibina oleh Raja Suryavarman II pada abad ke-12;
    • berkeluasan 208 hektar;
    • menara utama di tengah candi setinggi 65 meter.

Perkapalan

  • Membina kapal untuk kegiatan perdagangan dan peperangan.

Candi Borobudur

  • Terletak di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia.
  • Merupakan candi Buddha terbesar di dunia.
  • Dibina pada abad kesembilan semasa pemerintahan kerajaan Sailendra.
  • Berbentuk gunung bersegi-segi dan mempunyai beberapa tingkat.
  • Bahagian puncaknya mempunyai 72 patung Buddha yang diletakkan di dalam stupa.

Kerajaan Majapahit

Candi

  • Membina banyak candi pada zaman kegemilangan.
  • Binaan masyhur:
    • Candi Tikus di Jawa Timur;
    • Candi Cetho di Jawa Tengah.

Pintu Gerbang

  • Gapura Wringin Lawang: pintu gerbang laluan raja.
  • Gapura Bajang Ratu: pintu masuk ke sebuah bangunan suci di Jawa Timur.

Kerajaan Kedah Tua

  • Seni bina tertumpu pada candi Hindu dan Buddha di Lembah Bujang.
  • Tinggalan candi Buddha:
    • Bukit Choras;
    • Bukit Pendiat;
    • Bukit Meriam.
  • Tinggalan candi Hindu:
    • Bukit Batu Pahat;
    • Bendang Dalam.
  • Candi Hindu dan Buddha menerima pengaruh seni bina kerajaan Cola, India.
  • Arca Hindu dan Buddha turut ditemukan di tapak candi.

Kerajaan Gangga Nagara

  • Patung Buddha gangsa setinggi 18 meter ditemukan di Tanjung Rambutan.
  • Patung Buddha lain ditemukan di Sungai Siput dan Pangkalan.
  • Seni bina arca menerima pengaruh kerajaan Gupta, India.

Kepentingan Seni Bina

  • Kebijaksanaan masyarakat kerajaan Alam Melayu dibuktikan melalui kemahiran seni bina seperti perkapalan, pengairan dan candi.
  • Kemahiran tersebut menjadi khazanah sejarah kerajaan Alam Melayu yang mesti dipelihara dan dipulihara.

Advertisements

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!