WeAcademia

Kesan Pentadbiran Barat terhadap Ekonomi dan Sosial

Advertisements

6.2 - Pentadbiran Barat Berkaitan dengan Ekonomi

Tujuan dan bentuk pentadbiran

  • British memperkenalkan pentadbiran moden berkaitan ekonomi untuk mengekalkan penguasaan di negara kita.
  • Empat bidang utama: perundangan, jabatan dan agensi kerajaan, syarikat perwakilan serta sistem kewangan dan insurans.

1. Perundangan

Undang-undang tanah

  • Menjelang abad ke-19, lombong bijih timah dan ladang getah milik pemodal Eropah berkembang.
  • Pemodal menawarkan harga tinggi untuk membeli tanah masyarakat tempatan.

Negeri-negeri Melayu — Akta Tanah Simpanan Melayu 1913

  • Diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1913.
  • Residen boleh mengisytiharkan mana-mana tanah dalam negeri sebagai hak orang Melayu.
  • Tanah itu tidak boleh dijual, dipajak gadai atau dipindah milik kepada orang bukan Melayu.
  • Namun begitu, akta ini melindungi kepentingan ekonomi British; kebanyakan tanah simpanan tidak subur dan tidak sesuai untuk pertanian atau ekonomi perladangan.

Sarawak

  • Land Order 1931: mewartakan hak milik tanah simpanan peribumi; melindungi masyarakat peribumi daripada pencerobohan kaum pendatang yang membuka tanah pertanian.
  • Land Settlement Order 1933: mengukuhkan perlindungan masyarakat peribumi.
  • Kedua-duanya menjadi rujukan Land Order 1948.
  • Land Order 1948 membahagikan tanah kepada kawasan tanah campuran, tanah peribumi, tanah adat peribumi, tanah simpanan dan tanah pedalaman.
  • Orang asing hanya mempunyai hak terhadap tanah campuran.

Sabah

  • Urus niaga tanah antara peribumi dengan orang Eropah sebelum tahun 1888 dianggap tidak sah.
  • Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi 1889 melindungi hak dan kepentingan peribumi.
  • Ketua peribumi mesti dimaklumkan sebelum urus niaga dengan orang Eropah.
  • Penduduk peribumi boleh memohon ganti rugi.
  • Pegawai Daerah bertanggungjawab menjaga hak milik tanah peribumi.

Undang-undang buruh

  • Perusahaan bijih timah dan getah yang pesat mendorong British membawa buruh China dan India.
Sistem KontrakSistem Kangani
Membawa buruh China untuk bekerja di lombong bijih timah melalui majikan.Membawa buruh India secara beramai-ramai untuk bekerja di ladang getah.
Majikan menyediakan tambang, makanan, pakaian dan tempat tinggal.Kangani bermaksud ketua, tandil, mandur atau penyelia ladang getah.
Buruh bekerja mengikut kontrak dengan majikan.Pemilik ladang menghantar kangani ke India; kangani mencari buruh serta mengurus tambang dan perjalanan. Buruh bekerja sehingga hutang tambang selesai.

Perlindungan buruh

  • 1877: Jabatan Hal Ehwal Cina (Chinese Protectorate) ditubuhkan untuk melindungi buruh China daripada eksploitasi.
  • 1882: Ordinan Buruh Kontrak diluluskan untuk melindungi pekerja.
  • 1908: Majlis Perundangan Singapura menubuhkan Tabung Imigran India; buruh India dari Madras memperoleh pelayaran percuma ke negeri-negeri Melayu.
  • Peluang pekerjaan dalam perusahaan bijih timah dan getah turut menarik buruh dari Indonesia.

2. Jabatan dan Agensi Kerajaan

Jabatan atau institusiTahun dan fungsi
Jabatan Kerja Raya (Public Works Department)1872; membina Bangunan Sultan Abdul Samad, Ibu Pejabat Kereta Api Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Carcosa.
Jabatan Pertanian1905; memajukan tanaman ekonomi dan industri getah, menjalankan penyelidikan tanaman serta menyediakan pakar teknikal kepada pengusaha ladang dan pekebun kecil.
Institut Penyelidikan Getah Malaya (RRIM)1926; institusi khas penyelidikan getah akibat peningkatan permintaan industri getah.
Jabatan Parit dan Tali Air1931; meningkatkan keberkesanan sistem pengairan.
Jabatan Pos dan TelegrafMelicinkan perhubungan.
Jabatan Kereta Api Tanah MelayuMelicinkan pengangkutan.
  • Sarawak dan Sabah turut mempunyai jabatan kerajaan bagi pos, telegraf dan kegiatan pertanian.

3. Kewujudan Syarikat Perwakilan

  • Pemodal British dan Eropah membawa modal asing yang besar dan mengimport barangan terus dari negara tertentu.
  • Syarikat Perwakilan (Agency House) turut dikenali sebagai Gedung Perwakilan atau Crown Agent.
  • Memiliki rangkaian kewangan, insurans, perkapalan dan pusat penyelidikan serta menjalankan perdagangan antarabangsa.
  • Mempunyai hubungan erat dengan kerajaan pada peringkat tempatan dan antarabangsa.
  • Syarikat utama: Boustead and Company, Boustead Buttery, Estate Agency, Harrisons & Crosfield, Guthrie & Company, Barlow & Company dan Sime Darby.
  • Contoh: Boustead and Company mengurus eksport getah dan bijih timah serta menguasai syarikat perkapalan dan kewangan Hong Kong Bank.

4. Pewujudan Sistem Kewangan dan Insurans

Mata wang

  • Kuasa Barat memperkenalkan mata wang asing.
  • 1580: mata wang perak Sepanyol diperkenalkan; digunakan di negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.
  • 1897: British menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas di bawah Ordinan VIII.
  • Kuasa lembaga mengeluarkan wang kertas Negeri-negeri Selat menyebabkan mata wang kerajaan Melayu terhapus.
  • 1939: Dolar Selat digantikan oleh Dolar Malaya.

Perbankan

  • Kepesatan ekonomi mendorong British memperkenalkan sistem kewangan moden dan insurans untuk melicinkan urusan kewangan.
  • Sistem perbankan moden membolehkan modal luar negara disalurkan dengan mudah ke negeri-negeri Melayu.
  • Bank terawal:
    • Mercantile Bank, Pulau Pinang, 1859.
    • Hong Kong and Shanghai Bank, Pulau Pinang, 1884.
    • The Chartered Bank, Jalan Raja, Kuala Lumpur, 1888.
    • Ban Hin Lee Bank, Pulau Pinang, 1935.

Insurans

  • Perdagangan antarabangsa abad ke-19 dan awal abad ke-20 banyak menggunakan kapal laut.
  • Insurans maritim melindungi kapal dagang dan muatannya.
  • Perkhidmatan lain: insurans nyawa, kemalangan, kebakaran, perniagaan dan harta.
  • Syarikat utama:
    • Royal Insurance Company, 1860.
    • Khean Guan Insurance Limited, Pulau Pinang, 1885.
    • Commercial Union, Ipoh, 1919.

Rumusan dan Iktibar

  • Perubahan pentadbiran membolehkan British mengurus dan menguasai kegiatan ekonomi dengan cekap.
  • Kekayaan negara perlu dimanfaatkan melalui permuafakatan semua pihak untuk membangunkan negara.

Advertisements

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!