Kedaulatan Negara
1.3 - Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat
Keberkesanan Pentadbiran
Memberikan kebebasan kepada negara untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar.
Dasar pentadbiran negara dilaksanakan dengan berkesan melalui Jemaah Menteri dan kementerian yang berkaitan.
Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui pengagihan kuasa mewujudkan keberkesanan pentadbiran.
Sistem pentadbiran diperkukuh melalui peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kemakmuran Ekonomi
Membolehkan negara melaksanakan dasar kemakmuran ekonomi.
Selepas mencapai kemerdekaan, pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Pembangunan ekonomi meliputi bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan yang diperkenalkan melalui dasar pembangunan ekonomi negara.
Kesejahteraan Sosial
Membolehkan negara melaksanakan dasar sosial demi kesejahteraan rakyat.
Melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan supaya dapat memberikan sumbangan untuk pembangunan negara.
Bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara diperkenalkan untuk memupuk perasaan muhibah dan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Kecemerlangan Hubungan Luar Negara
Memberikan hak kepada negara untuk menjalinkan hubungan dengan negara lain.
Hubungan ini dilaksanakan melalui penggubalan dasar luar negara kita.
Negara dapat menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan serta mengadakan perjanjian dan kerjasama dalam pelbagai bidang.
Malaysia menikmati pelbagai faedah dan kelebihan dalam usaha mempertahankan kedaulatan.
Keanggotaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa meningkatkan imej negara.
Masyarakat antarabangsa mengakui peranan dan kebolehan negara kita setaraf dengan negara lain di dunia.
Advertisements
Answer practice questions to test your knowledge
Practice