Kebangkitan Nasionalisme
Advertisements
2.1 - Maksud Nasionalisme
Definisi Umum
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Ia juga dikaitkan dengan semangat perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap tanah air bagi membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing.
Pandangan Tokoh
Berikut merupakan tafsiran maksud nasionalisme mengikut pandangan beberapa tokoh sejarah dan tempatan:
Hans Kohn
Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan ulung rakyat hanya kepada bangsa dan negaranya.
Profesor William R. Roff
Nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran diri pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua. Hal ini disebabkan oleh kebimbangan masyarakat terhadap sekularisme Barat dan ancaman terhadap hak-hak orang Melayu.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Nasionalisme merupakan satu struktur minda yang mengikat kesetiaan rakyat kepada negara dan raja. Ia menjadi pemangkin kepada pembinaan negara bangsa serta menuntut kesetiaan tanpa berbelah bahagi.
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Nasionalisme merujuk kepada perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul mereka di tanah air sendiri.
Dr. Burhanuddin al-Helmi
Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan dan perpaduan yang kuat, iaitu “nasionalisme melayu”. Nasionalisme Melayu mestilah berasaskan keadilan, kemanusiaan, dan persaudaraan sejagat.
Dr. R. Suntharalingam
Nasionalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa untuk menubuhkan negaranya sendiri dan memindahkan kedaulatan kepada rakyat.
Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid
Nasionalisme Melayu telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia tidak berasaskan fahaman barat, sebaliknya berasaskan konsep kesetiaan kepada raja.
Advertisements
Answer practice questions to test your knowledge
PracticeAdvertisements