WeAcademia

Kebangkitan Nasionalisme

Advertisements

2.2 - Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

Revolusi Keagungan (Glorious Revolution) di England (1688)

Revolusi ini tercetus berikutan keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat.

  • Sebab: Kebangkitan rakyat menentang Raja James II yang membelakangkan parlimen dalam menggubal undang-undang.

  • Kesan: Raja James II melarikan diri ke Perancis. Pemerintahan beraja berperlembagaan diasaskan. Bill of Rights digubal untuk mengehadkan kuasa raja dan memberikan parlimen kuasa menggubal undang-undang serta mengutip cukai.

Revolusi Amerika (1776)

Revolusi ini merupakan reaksi orang Amerika menentang penjajahan British yang tidak melindungi hak mereka.

  • Sebab: Penentangan terhadap akta cukai yang diperkenalkan oleh British (seperti Akta Setem dan Akta Teh). Slogan yang popular ialah “tiada cukai tanpa perwakilan” kerana tiada wakil Amerika di Parlimen British.

  • Kesan: Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika ditulis oleh Thomas Jefferson pada Julai 1776. British akhirnya mengakui kemerdekaan Amerika dan 13 buah bekas tanah jajahan digabungkan sebagai Amerika Syarikat yang mengamalkan sistem demokrasi.

Revolusi Perancis (1789)

Revolusi ini tercetus daripada perjuangan membebaskan diri daripada pemerintahan autokratik golongan bangsawan dan raja.

  • Sebab: Penentangan terhadap pemerintahan mutlak Raja Louis XVI dan keistimewaan golongan bangsawan yang membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi. Perjuangan dipengaruhi oleh pemikir seperti Jean Jacques Rousseau (karya The Social Contract) dan Voltaire.

  • Kesan: Kubu Bastille (penjara politik) digempur oleh rakyat. Pemerintahan beraja Perancis tumbang dan digantikan dengan Republik Perancis. Slogan revolusi yang terkenal ialah “Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan”.

Advertisements

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!